Friday, October 12, 2018

Promoting brand new product ( FRAME / MURAL / KHAT )


KHAT KUFI



PENGENALAN




Banna'i pada menara masjid – corak penulisan Kufi segi empat yang berulang-ulang



Lukisan inskripsi bismillah dalam skrip Kufi, abad ke-9. Asal di Muzium Islam, Kaherah, Mesir (Inventar-Nr. 7853)



Seni adalah jiwa dan jiwa adalah seni. Jiwa yang tidak berseni dan seni yang tidak berjiwa adalah seni yang mati dan jiwa yang mati" – Amiera_ns. Ungkapan yang lebih ironis tentang memahami kesenian Islam ini menggambarkan betapa halusnya nilai seni yang terpancar pada setiap huruf seni khat.

Lakaran-lakaran seni dan tulisan diadun bahasa fikir sehingga menjadi untaian tali jiwa dalam memahami erti kehidupan sarwajagat, membangkitkan nafsu kecintaan sesama manusia juga kepada Maha Pencipta – konsep seni dalam silaturrahim Islam.

Kesenian unggul dalam Islam terpancar pada Ummul Kitab (al-Quran) yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman untuk semua umat manusia. Naskhah lengkap panduan hidup umat Islam merupakan seni yang tidak dapat ditangkis oleh mana-mana kesenian kerana ketinggian nilai budi, saranan akhlak juga peraturan hidup manusia.

Dr Venetia Porter, Kurator Muzium British yang juga seorang pengkaji kesenian Islam menyatakan, tulisan merupakan antara elemen terpenting untuk menyampaikan sesuatu maksud sebagai gambaran pelbagai kejadian yang berlaku.

Sistem tulisan Arab – wadah yang mengungkap maknawi bahasa Al-Quran menjadi pengikat ukhwah dan penglahiran perasaan mengagungkan Maha Pencipta. Keistimewaan sistem tulisan Arab (jawi) ini penentu ciri kesenian Islam yang melampaui batasan dan sempadan.

Tulisan-tulisan Arab ini dizahirkan kepada bentuk yang seni oleh seniman Islam. Objek penglahirannya berlegar disekitar kosmos alam yang bersangkutan dengan keagungan Tuhan. Bertitik tolak dari inilah muncul kesenian seni kaligrafi Islam yang telah dimulai dari sejak Islam lahir ke muka bumi ini.

Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ´seni khat´ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya.

Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh. Fakta yang tercatat daripada sumber bertulis – seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan-tulisan yang dihasilkan dinamakan Kufic (Kufi) iaitu tulisan yang tidak bercantum. Ia digunakan sehingga kurun ke-12.

Pada kurun ke 10 – seni kaligrafi Islam tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu khat Kufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth, Khat Riqa.

Tulisan kaligrafi dari jenis Nasakh dijadikan asas dalam mempelajari sistem tulisan Arab di negara berkenaan. Alam Melayu tidak terkecuali menyerap unsur Nasakh ini sebagai asas pembelajaran tulisan jawi, yang kemudiannya dipertingkatkan dengan sistem tulisan khat yang lain.

Khat Kufi dikatakan sebagai khat yang paling popular didunia. Ia digunakan sebagai tulisan dalam Al-Quran selama tiga kurun lamanya. Sistem khat Kufi yang tidak mengalami banyak perubahan semasa menjadi asas ia dikekalkan sebagai tulisan di dalam naskah al-Quran.

Pada kurun ke 10 – seni kaligrafi Islam tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu khat Kufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth, Khat Riqa.

Tulisan kaligrafi dari jenis Nasakh dijadikan asas dalam mempelajari sistem tulisan Arab di negara berkenaan. Alam Melayu tidak terkecuali menyerap unsur Nasakh ini sebagai asas pembelajaran tulisan jawi, yang kemudiannya dipertingkatkan dengan sistem tulisan khat yang lain.

Khat Kufi dikatakan sebagai khat yang paling popular didunia. Ia digunakan sebagai tulisan dalam Al-Quran selama tiga kurun lamanya. Sistem khat Kufi yang tidak mengalami banyak perubahan semasa menjadi asas ia dikekalkan sebagai tulisan di dalam naskah al-Quran.

Pada kurun ke-16 dan 17 – seni khat pernah menjadi medium komunikasi terpenting dalam menyampaikan mesej diplomatik. Ia diperkenalkan oleh Housam Roumi semasa era Suleyman 1 di wilayah Turki. Kesenian tulisan khat jenis ini terserlah melalui tanda diakritik dengan tulisan yang menarik. Seni khat yang dikenali dengan nama Diwani ini berkembang seiring dengan variasinya iaitu Diwani al-Jali yang berbingkai.Antara seni khat yang masih lagi menjadi tumpuan para peminat seni warisan Islam hingga kini termasuklah khat Tuluth dan khat Riqa.

Pada awal perkembangan seni khat, sejenis pokok yang direncongkan hujungnya dan dicelup dengan cecair dakwat, ditulis pada kepingan kulit-kulit tamar, kulit kambing yang dikeringkan dan daun-daun papyrus yang dijadikan kertas. Namun begitu, alam Melayu menyaksikan penggunaan batang-batang pokok resam sebagai alatan utama untuk menulis khat. Batang resam yang ditiruskan pada bahagian hujungnya akan dicelupkan dengan dakwat sebelum tulisan khat dilakarkan pada kertas.

Seni Khat yang teradaptasi dengan dunia moden terus berkembang tetapi masih lagi bertapak pada seni yang asal iaitu dalam konteks keIslaman (mentauhidkan Allah dan lebih berupa nasihat). Kini, seni khat bukan sahaja terlakar pada kepingan kertas malahan menjadi hiasan bercorak islamik apabila ia ditulis pada kepingan cermin, diukir pada mimbar-mimbar masjid dan turrut dijadikan cenderamata untuk kenangan. Nafas baru dalam penghasilan seni khat ini secara tidak langsung meningkatkan martabat seni khat sebagai unsur seni yang cukup tinggi.

Nama-nama besar di alam Melayu dalam bidang seni khat seperti Profesor Mohd Bukhari Lubis dan Imad, sudah cukup membuktikan kesenian unggul Islam ini berkesinambungan selamanya. Usaha Pak Matlob yang giat meneruskan kesinambungan sistem tulisan jawi (asas dalam seni khat) sesuatu yang amat membanggakan. Seni khat tidak akan berkubur ditelan arus zaman dengan adanya insan-insan yang mewarisi bakat mempertahankan kesenian unggul Islam seperti mereka. Sesungguhnya seni kaligrafi Islam adalah lambang kesenian unggul tamadun Islam yang tiada tandingannya.

Kufi reka bentuk segi empat ataupun geometri
Kufi gaya ini ialah Kufi berbentuk segi empat tepat yang amat sederhana, digunakan bagi kerja-kerja penjubinan. Di Iran, kadangkala seluruh bangunan dihiaskan dengan jubin yang mengeja nama suci dan murni seperti nama Allah, Nabi Muhammad (s.a.w) dan Saidina Ali (r.a), satu teknik yang dikenali sebagi banna'i
Galeri
Skrip Kufi daripada manuskrip al-Quran awal, abad ke-7. (Surah 7: 86-87)

Manuskrip Surah Maryam daripada al-Quran; Skrip Kufi pada kulit gazel, abad ke-9. (Surah 19: 83-86)

Folio al-Quran dalam gaya Kufi, dakwat, warna dan emas, abad ke-11, Iran (Surah 91: 1-5)


Skrip Kufi, abad ke-8 atau ke-9 (al-Quran Surah 48: 27-28)
Gelang kana Fatimiyyah abad ke-11, terukir dengan ucapan selamat dalam skrip Kufi, (Syria).


Halaman daripada al-Quran dalam gaya Kufi (Surah 15: 67-74)



KUFI DI DALAM KAABAH - SATU KAJIAN

Kajian kes ke atas Kufi hiasan yang terdapat dalam Kaabah



Contoh Kufi Geometri Surah al-Ikhlas (Surah 112) al-Quran; baca ikut arah jam, bermula dengan perkataan kalimah Basmalah berwarna hijau.


Kufi Geometri daripada Bou Inania Madrasa (Meknes); teks berbunyi بركة محمد atau "berkat Nabi Muhammad (s.a.w)"

skrip Kufi segi empat atau geometri, menunjukkan perkataan "Muhammad" ditulis empat kali; lazimnya diguna sebagai corak kerja jubin dalam seni bina Islam

Bendera Iraq


Bendera Iran






Hasil kajian mendapati:-

1.    Kufi ini terdiri dari 2 perkataan sebagai mana ditunjukkan dalam rajah 2 iaitu Muhammad   Rasulullah dan La ilaha illallah (rajah 2)

2.   Kufi ini bermula pada penjuru kanan di bahagian atas

3.   Aliran perkataan dalam kufi ini mengarah ke bahagian atas,  tengah-  di mana terdapat 2   kalimah Allah (Rajah 3)

4.   Terdapat perlanggaran hukum positif negative di 2 tempat iaitu pada Lam ,kalimah Allah(1) dan pada Dal dan Ro di kalimah Muhammad(2)-Rujuk Rajah 4.

Pada kalimah Allah sepatutnya diselaraskan supaya kedua-dua Lam berada pada petak positif. Ini akan menjadikan ukuran Lam pada saiz yang sama dan memberi  kesan yang seimbang.

Pada Dal dan Ro diperhatikan keperluan meletakkan hujung kepala Ro di petak negative adalah untuk mewujudkan karakter Ro yang lebih jelas. Sekiranya Ro tersebut ditinggikan separas Sin, akan mewujudkan karakter Ro yang tidak mantap. Begitu juga sekiranya direndahkan separas dasar Sin. Manakala dasar Dal dipanjangkan untuk memenuhkan ruang. 

Kesimpulannya, perlanggaran hukum positif negative ini dibolehkan dalam keadaan tertentu seperti  keadaan ini, iaitu bagi menzahirkan karakter huruf yang mantap. Keseluruhannya, bentuk segi empat dan  ruang kosong antara huruf masih terpelihara.

5.   Penyambungan kepada Wau adalah pada lehernya, sebagaimana dalam tulisan Arab/Jawi biasa.(3 –rajah 4)


6.   Bentuk Ha hujung sebagaimana dalam kufi  ini adalah diterima kerana tidak disalah ertikan dengan huruf lain, umpamanya mim awal atau mim tengah (4 – rajah 4)


Membaca Ancient Kufic/ Kufi Kuno
Gambar di atas menunjukkan salah satu karya kufi kuno yang terdapat di Masjid Nabawi . Kufi ini dilukis semula sebagai berikut:



Sebagaimana yang kita sedia maklum, penulisan Arab di zaman silam tidak bertitik. Demikian juga karya kufi ini, tidak bertitik. Oleh itu amat sukar untuk membaca apakah yang tertulis pada karya ini. satu kaedah untuk menelah apa yang tertulis ialah dengan menggunakan kod warna pada perkataan2 yang dapat kita teka, sebagaimna berikut:


Dengan merujuk kepada AlQuran, dapat dipastikan bahawa ayat yang ditulis ini adalah ayat 40 dari surah Al Ahzab iaitu :-



Sahih International
Muhammad is not the father of [any] one of your men, but [he is] the Messenger of Allah and last of the prophets. And ever is Allah , of all things, Knowing.
Dapat diperhatikan bahawa karakter2 huruf kufi ini amat berbeza dengan aliran semasa baik dari segi +ve/-ve mahupun dari segi sifatnya


MASJID AL-IRSYAD







Masjid Al-Irsyad merupakan sebuah masjid yang terletak di BandungIndonesia. Masjid ini dibangun pada tahun 2009 dan selesai pada tahun 2010. Bentuk masjid sekilas hanya seperti kubus besar laiknya bentuk bangunan Kubah di Arab Saudi. Dengan konsep ini, dari luar terlihat garis-garis hitam di sekujur dinding masjid.

Masjid Al-Irsyad diresmikan pada 17 Ramadan 1431 Hijriah tepatnya 27 Agustus 2010 silam. Bangunannya unik, megah, dan kokoh. Beberapa bulan setelah dibangun, masjid yang memiliki arsitektur memukau ini langsung menyabet penghargaan bergengsi tingkat dunia.

Desain masjid dirancang mirip Kakbah. Warna dasarnya abu-abu. Penataan batu bata pada keseluruhan dinding terlihat sangat mengagumkan. Batu bata disusun berbentuk lubang atau celah di antara bata solid. Pembangunan masjid ini diarsiteki oleh Ridwan Kamil. Dia menciptakan desain unik sebuah masjid yang memanfaatkan sinar matahari. Pembangunan masjid menghabiskan dana sebesar Rp 7 miliar. Desain arah kiblat dibuat terbuka dengan pemandangan alam. Saat senja, semburat matahari akan masuk dari bagian depan masjid yang tak berdinding itu.

Dilihat dari kejauhan, akan menghadirkan lafaz Arab yang terbaca sebagai dua kalimat tauhid, Laailaha Ilallah Muhammad Rasulullah, yang artinya Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Kekuatan desain Masjid Al-Irsyad tampak pada embedding teks kaligrafi Arab dengan jenis tulisan khat kufi. Bentuknya, dua kalimah tauhid yang melekat pada tiga sisi bangunan dalam bentuk susunan batu bata, yang dirancang sebagai kaligrafi tiga dimensi raksasa.
Masjid ini mempunyai luas 1.871 meter persegi hanya memiliki tiga warna yaitu putih, hitam, dan abu-abu. Susunan tiga warna tersebut menjadikan tampil lebih cantik, modern, simpel namun tetap elegan dan enak dipandang mata.

Di dalam interior masjid, jumlah lampu yang dipasang sebanyak 99 buah sebagai simbol 99 nama-nama Allah atau Asmaul Husna. Masing-masing lampu yang berbentuk kotak itu, memiliki sebuah tulisan nama Allah. Tulisan pada lampu-lampu itu dapat dibaca secara jelas dimulai dari sisi depan kanan masjid hingga tulisan ke-99 pada sisi kiri bagian belakang masjid.
Ruang salat di masjid mampu menampung sekitar 1.500 jamaah ini. Masjid ini tidak memiliki tiang atau pilar di tengah untuk menopang atap, sehingga terasa begitu luas. Hanya empat sisi dinding yang menjadi pembatas sekaligus penopang atapnya.

Celah-celah angin pada empat sisi dinding masjid menjadikan sirkulasi udara di ruang masjid begitu baik, sehingga tidak terasa gerah atau panas meski tak dipasangi AC atau kipas angin. Di Bagian imam sengaja tanpa dinding artinya menggambarkan bahwa setiap makhluk yang salat dia akan menghadap Allah.

Lanskap dan ruang terbuka, sengaja dirancang berbentuk garis-garis melingkar yang mengelilingi bangunan masjid. Lingkaran-lingkaran yang mengelilingi masjid itu terinspirasi dari konsep tawaf yang mengelilingi Kakbah.